Tuesday, September 3, 2013

Kepentingan Diagnosis Komuniti



Apakah keperluan Diagnosis Komuniti :



Taraf Pendidikan – bahan bacaan (poster, risalah) boleh disediakan mengikut kebolehan membaca, taraf perbincangan boleh dianjur mengikut kebolehan memahami konsep, idea dan terminologi.

Kebudayaan – nasihat kesihatan boleh diberi supaya tidak bercanggah dengan kepercayaan dan nilai-nilai komuniti.

Kemudahan – dewan, surau, sekolah boleh dijadikan tempat untuk ceramah.

Saluran Komunikasi – pemilikan radio bermakna siaran tempatan boleh digunakan untuk menyedarkan komuniti tentang mesej-mesej kesihatan

Pola Kepimpinan – ahli-ahli yang berpengaruh boleh digunakan untuk menggerakkan komuniti kearah penyelesaian masalah kesihatan.

Aktiviti Pembangunan – dapat memberi gambaran tentang penglibatan komuniti dalam penyelesaian masalah tempatan.


BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN MAKLUMAT?

Laporan-laporan rasmi/ Tahunan/Journal
Melalui pemerhatian.
Melalui temubual.
Melalui borang soal selidik.