DIAGNOSIS KOMUNITI
KOMUNITI/KUMPULAN SASAR
1.KOMUNITI GEOGRAFI
sekumpulan manusia yang tinggal
dalam kawasan tertentu, contohnya komuniti “Kampung Sireh”, Komuniti Kawasan
Setinggan “Sg. Besi”, Komuniti “Pekan Baru” Komuniti bandaraya “Kuala Lumpur”
2.KOMUNITI BERFUNGSI
sekumpulan manusia dimana
ahli-ahlinya berhubung/berinteraksi rapat antara satu sama lain berdasarkan
norma, nilai hidup atau kepercayaan yang sama contohnya Komuniti perubatan,
Komuniti India,
Komuniti Islam, Komuniti Penjual makanan.
DIAGNOSIS KOMUNITI
- Kajian mengenai latarbelakang (profail) komuniti secara keseluruhan.
- Juga dikenali sebagai kajan masyarakat atau analisis situasi.
- Boleh merangkumi langkah-langkah diagnosis sosial, diagnosis epidemiologi dan diagnosis tingkahlaku yang berasaskan model PRECEDE;
- Tindakan dari segi epidemiologi untuk mengenalpasti tingkah laku-tingkah laku yang disyaki menyebabkan masalah kesihatan.
- Peninjauan sejauhmana tingkah laku-tingkah laku yang disyaki berlaku dikalangan komuniti yang dikaji (termasuk rujukan data epidemiologi)
TUJUAN DIAGNOSIS KOMUNITI
- Untuk memahami kumpulan sasar
- Untuk mengenalpasti masalah/keperluan/tingkah laku komuniti.
- Untuk mengenalpasti peluang Pendidikan Kesihatan yang berkesan
- Untuk mengenalpasti sumber-sumber tempatan dan kemudahan-kemudahan yang sedia ada dalam komuniti.
- Untuk mula melibatkan komuniti dalam proses Perancangan Projek Pendidikan Kesihatan
MAKLUMAT DIKEHENDAKI
Ciri-ciri
iklim
- iklim, jenis tanah, jenis tanaman, pengaliran sungai dan lain-lain.
- Lokasi kemudahan-kemudahan seperti Pusat Kesihatan, Sekolah, Balairaya, Rumah, Masjid, Kuil, Padang Bola, Gelanggang permaianan dan lain-lain.
- bilangan penduduk, kepadatan, umur, jantina, keturunan, purata saiz keluarga dan lain-lain.
Ciri-ciri
Sosioekonomi
- taraf pendidikan, bahasa pertuturan, bahasa tulisan, kebudayaan, agama, jenis pekerjaan, pendapatan keluarga, jenis perumahan, tenaga api/letrik, sumber air, jenis pembuangan sampah, pemilihan jenis kenderaan
Saluran-saluran
komunikasi
- pemilikan radio,TV, telefon.
- Pembelian surat khabar, majallah.
- perkhidmatan pos
- tempat/cara perjumpaan biasa
- jawatankuasa tempatan.
Sistem Kerajaan Tempatan dan Pola
Kepimpinan.
- JKKK, wakil kawasan/komuniti/JK kecil
-Pemimpin rasmi (Wakil rakyat,ADUN,Penghulu, Ketua
Kampong, Pengurus Estet.
- Pemimpin Tidak Rasmi
Pertubuhan
Komuniti
- Organisasi wanita,
kelab sukan, kelab belia, kumpulan budaya, organisasi agama, pertubuhan
politik, persatuan pendidikan(PIBG), pertubuhan pekerja dan lain-lain.
- agensi KEMAS, RELA, badan sukarela
Aktiviti
Pembangunan Komuniti
- pembinaan kemudahan, penerokaan tanah, kegiatan sosial dan
kesihatan.
- jenis pendekatan yang
digunakan (gotong royong, kerja kontrak,
secara individu dan lain-lain.
Masalah
keperluan kesihatan
- penggunaan perkhidmatan yang sedia
ada.
- jenis penyakit-penyakit dan kadar
insiden/prevalen.
- kadar kelahiran/kematian.
- taraf imunisasi/pemakanan
Masalah/
keperluan kesihatan
- taraf alam sekitar (sanitasi, sampah,
bekalan air, vektor dan lain-lain).
- tingkah laku kesihatan.
Masalah/keperluan
bukan kesihatan
- pertanian, makanan,
pengangguran, pengangkutan, penagihan dadah dan lain-lain.