Setiap individu mempunyai pelbagai keinginan dalam kehidupan : keinginan untuk berkeluarga, keinginan untuk berjaya, keinginan untuk mendapat jawatan yang terbaik dalam organisasi, keinginan untuk melancong ke serata dunia, keinginan untuk meningkatkan tahap ekonomi keluarga, keinginan untuk memajukan diri sendiri dan pelbagai seribu satu keinginan.
Ada keinginan yang boleh direalisasikan dalam masa yang singkat dan ada juga yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk menjadi kenyataan. Apa yang penting ialah kesabaran, lebih-lebih lagi jika anda sedang menuntut ilmu. Anda perlu berdepan dengan pelbagai cabaran dan rintangan hidup :
1. Sabar dengan subjek / courses yang mencabar.
2. Sabar bila perlu melalui perjalanan pembelajaran yang penuh dugaan.
3. Sabar dengan assignment / tugasan yang diterima.
4. Sabar dengan tuntutan masa.
5. Sabar dengan kekangan kewangan.
6. Sabar dengan kerenah pensyarah.
7. Sabar dengan kerenah kawan-kawan jika perlu membuat group assignment. Ada yang langsung tidak memberi kerjasama memang betul-betul menuntut kesabaran yang tipis.
8. Sabar dengan final exam.
9. Sabar dengan komitmen. Sama ada komitmen keluarga, kerja, pelajaran, kekasih hati, juga diri sendiri.
10. Sabar dengan kesihatan diri. Kadang-kala boleh stress.
11. Sabar dengan tekanan kerja. Pelajar part-time / full time kena tahan dengan tekanan kerja.
12. Sabar ketika melakukan tuntutan agama.
13. Sabar ketika berdepan dengan assignment / tugasan yang bertimbun.
14. Sabar ketika berhadapan dengan bos / majikan yang tidak faham dengan situasi kita.
Ada stres yang positif dan ada stres yang negatif. Dalam hidup ini
kita perlukan stres positif untuk mendorong seseorang itu bertindak
melakukan sesuatu dengan segera dan sempurna bagi memperolehi ganjaran
diri.
Ada pelbagai kaedah yang boleh diambil untuk mengatasi atau mengurangkan
stres. Salah satu cara yang sangat berkesan ialah dengan bersangka
baik. Jadi setiap kali berdepan dengan musibah, tekanan, peristiwa, orang,
kumpulan dan sebagainya yang memberi kita stres, maka ingatlah pasti ada
sesuatu disebalik semua itu. Tanya diri dengan soalan-soalan memperkasa
diri seperti:
Apa hikmah disebalik semua ini?
Apa yang boleh aku pelajari darinya?
Apa keuntungan yang boleh aku perolehi?
Apa peringatan yang Allah mahu berikan?
Cara bersangka baik :
1) Masalah itu sebenarnya peluang. Ada ketikanya pula masalah itu
memberi peluang kita muhasabah diri dan mencari kelemahan dan kekurangan
yang perlu diperbaiki. Kekalkan baik sangka dan terima masalah dengan
hati yang terbuka.
2) Allah tidak bebankan hamba-hambanya. Setiap kali berdepan dengan
masalah, diuji dan ditimpa musibah, maka ingatlah semua itu bersesuaian
dengan kekuatan yang ada pada kita cuma kita sahaja yang mungkin tidak
menyedarinya. Tetapi dengan bersangka baik, kekuatan ini boleh dibongkar
dan digilap dari dalam diri.
3) Lihat sesuatu daripada sudut yang baru. Setiap peristiwa negatif yang
berlaku itu perlu diberikan makna baru bagi memperkasa diri agar tidak
stres. Misalnya, kita mungkin stres kerana rakan sepejabat sering curi
tulang dan membebankan kerja-kerjanya ke atas kita. Maka lihatlah dari
sudut baru dengan berkata, "Baguslah juga, dapat kita lakukan
kerja-kerja itu dan memperolehi pengalaman. Inilah peluang untuk tunjuk
rajin. Kurang seorang pesaing untuk naik pangkat".
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130630/ke_03/Kelebihan-bersangka-baik#ixzz2YDaDzTRR